Semalam en.suami balik kerja dalam pukul 8.35pm. Aku pun bersiap-siap untuk dinner. Selesai masak nasi dan memanaskan kari ikan plotan aku pun hidang la di atas meja. Tapi aku still kenyang ..so suami dan anak je la makan. Kebiasaanya aku la yang suap si aidil. Kalau aku tak makan pun biasanya aku akan duduk sekali untuk suap Aidil. Tapi hari ni aku mmg tak larat...dan rasa nak rehat sekejap. Dah selesai hidang aku pun minta tlg suami suapkan aidil makan. Gaulkan isi ikan dengan nasi. Aidil mmg suka makan sendiri. Biasanya aku akan suap juga ke mulut dia sambil dia makan sendiri. Sekali baru 2 suap dia makan dia dah jerit..dari cara dia jerit aku dapat agak dia tercekik tulang. Apa lagi...menggelabah mama ngan abah nak keluarkan tulang yang tercekik tu.
Ni la Kari Ikan Plotan yang mencederakan anak kesayanganku. :'(
Rasa macam nak jadikan kali terakhir ja masak kari ikan plotan huk huk
Cuba punya cuba still tak nak keluar juga tulang. aidil dah muntah dah banyak kali ...cemas nya rasa tuhan je tau.. Aku dah mula call pengasuh Aidil, tanya cikgu2 sekolah dan tak lupa search google..hehehe. last sekali aku buat keputusan untuk terus pergi Hospital Parit Buntar. Dalam kereta Aidil diam je. maybe dah penat menangis tadi. bila dia cakap lebih sikit dia nangis dan cakap dia sakit. dalam 10 minit saja kami dah sampai Hospital. Dekat je pun.
Masa kat kaunter pendaftaran Unit Kecemasan Hospital Parit Buntar
Selesai mendaftar diorang suruh masuk bilik kecil kat sebelah, masuk MA tu just tanya kenapa..n suruh anak buka mulut. Bila si Aidil ni tak nak buka mulut dia pun kata "Ok takpe..sila tunggu di luar, nanti doktor panggil boleh masuk " . Kitaorang pun keluar ke bahagian menunggu ..terpinga2 ape point diorang suruh kami jumpa MA tadi. Nak kata ambil suhu pun tidak. huh...sabar je la..macam takde fungsi.
Ni gambar MA tu tengah cuba tengok tulang dalam mulut Aidil
Tunggu punya tunggu tak panggil-panggil. Yang si Aidil ni kejap2 bila dia rasa sakit dia nangis n muntah. dia cuba nak keluarkan tulang tu sendiri. Itu yang asyik muntah je tu. Suami pula tanya kat kaunter..lambat lagi ke..anak dah sakit...kata kecemasan..takkan nak tunggu macam rawatan pesakit luar kot. 5 minit pas suami tanya diorang terus panggil nama Aidil untuk masuk jumpa doktor.
Dalam bilik kecemasan Hospital Parit Buntar
Bukan la niat nak burukkan nama Hospital ni. Just nak menyatakan betapa kecewanya aku sebagai ibu pesakit bila Doktor kat sini macam acuh tak acuh je buat kerja. Bila aidil ade kat sebelah dia ni..dia boleh pandang je Aidil sambil cakap kat kitaorang yang Aidil bukan tercekik tulang. SEBAB!!!! dia diam je n tak nangis. Aku ni dah penat explain kat doc tu mcm mana dari awal dia kena, muntah , reaksi dia yang cuba keluarkan tulang dan mcm2 lagi. tp doc tu kata ..kalau betul pun dia tercekik tulang maybe tulang tu sebenarnya dah keluar, dia cuma kesan-kesan sakit tulang tu je. Aku mmg tak puas hati ..sebab reaksi aidil tu mmg aku yakin tulang tu ade. Doc tu siap cakap aku, "Puan penah tak tercekik tulang?? takkan nak duk diam kan..mesti kita akan sakit" hish...mmg la sakit ..tp ada kah kita nak meraung 24 jam. sama la budak ni pun..dia dah penat menangis ...Pastu dia sebut pasal x-ray ..dia kata kalau nak juga kita buat x-ray la..tapi x-ray ni tak bagus untuk budak. kalau buat pun mungkin takkan nampak pun tulang tu. Pastu dia minta kami putuskan . Doktor ohhh doktor...kalau aku ni pandai aku tak datang jumpa doktor la..aku buat sendiri ja... Aku dah semak tgk dia buat macam2 alasan untuk elak buat rawatan kat anak aku , aku pun cakap tak pala kalau doc rasa tak perlu x-ray , saya cuma takut kalau saya balik dalam tu menanah baru nak amik action. Dengan muka berat hari nya baru la dia pegang mulut aidil, barulah suruh aidil nganga... aidil cakap sakit...dia tak dapat tengok tulang tu...biasalah budak, oleh dia tak kenal bukan senang dia nak ikut orang suruh buka mulut suka-suka ja. Bila doktor tu bg baring atas katil kami pun pakat pegang aidil, termasuk MA dan Nurse, sekali dia suluh mmg btul ade. Masa tu nak je aku sound doktor tu sebab tak dengar apa aku cakap dari awal. Pastu baru la dia kelam kabut panggil yang lain tolong pegang aidil . Sempat lagi dia kata kat Aidil, ada tulang dalam mulut pun hang boleh duk diam aaa??? nak cover malu la kot teori yang awal kata kalau ade tulang tak kan duk diam punya. huh!!!!! Mula-mula aku ngan suami tlg pegang bila banyak kali dia cuba still gagal dia tak bagi kami tengok, dia suruh tunggu di luar, diorang tutup langsir semua. Tapi kami tak keluar, kami tunggu tepi langsir. Ya allah mendengar anak aku meraung-raung nangis sambil sebut "nak mama, mama" allah je tau betapa sedih nya aku . Menangis juga aku dibuatnya bila dengar suara anak nangis kuat macam tu. beberapa minit pastu Alhamdulillah tulang tu dapat di keluarkan..Aku terus pegi dekat aidil n dukung dia... Elok aku dukung senyap dia tak nangis lagi dah. Maybe sakit kat tekak pun dah tak terasa. Dia pun tenang je. Lega sangat-sangat.
Ni la dia tulang yang menyakitkan anak mama...
huk huk kesian anak mama
Bila semuanya dah selesai , maybe nak cover mula-mula tadi dia punya confident kata takde tulang, doktor pun cakap kat kitaorang "maybe tulang tu tak cucuk betul pun sebab tu dia tak nangis dan tak berapa sakit". Aku ni angguk je ..padahal dalam hati ni aku rasa nak je pok pek pok pek kat dia sampai menanah telinga....lain kali tgk dulu baru nak buat teori-teori terpesong kau tu. Tak pun sumbat je tulang tu balik kat dia nak tgk dia meraung 24 jam atau jap jap je macam anak aku. Tapi aku fikir at least dia dah berjaya selamatkan anak aku. Aku just cakap terima kasih je berulang kali kat dia. TERIMA KASIH DOKTOR!
Dah selesai sesi buang tulang huhuhu
Ubat tahan sakit
lepas dah selesai semua kami pun pergi ambil ubat tahan sakit dan balik.Alhamdulillah Aidil pun terus ok...sembang macam-macam on the way balik rumah tu. Lega rasa hati ni. Syukur sangat. Sampai kat rumah , siap-siap aidil yang dah kotor ngan baju bekas muntah , bagi dia makan ubat m pakai baju tido dan baring. Abah dia peluk jap je dia pun lena. Maybe dah terlalu letih menangis tadi. hurmmmm maaf yer sayang..mama tak tolong suapkan sayang makan.. Selalu sayang makan ok je. Benda nak jadi.......kesian kat suami juga,..sampai tak lalu dia nak makan nasi dah la penat baru balik kerja.... apa pun ..kalau anak kena apa-apa jangan la lengah-lengahkan... ok la.. nak buat kerja plak hihihi see u
No comments:
Post a Comment