snow

Tuesday, November 18, 2014

Rehatkan Minda di Cameron Highland

Dah lama rasanya tak update blog ni..tak de masa la ....sibuk sangat ngan kerja dan rumah. hurmmm anyway today aku luangkan masa juga untuk upload gambar kitaorang ke cameron minggu lepas.. :)
sebelum bermulanya cuti sekolah...we all cuti dlu hehehe... al maklum la cuti dua2 orang banyak lagi. so...tempat percutian yang kami pilih kali ni adalah cameron jer...sebab tak jauh sangat n jimat kos..  jommm terjah !!!

Ni gambar waktu malam....kitaorang makan steamboat kat Steamboat n Snack Conner... harganya rm23 untuk satu kepala...kitaorang ambil untuk 2 orang makan :) mmg puas la makan..sampai mengah2 dibuatnya...

Tengokla si aidil tu ...dia pun sibuk nak mengepit juga..nyum nyum

Nie plak kitaorang makan stawberi coklat kat Taman Sedia....puas hati rasa..coz mmg nak sangat pi taman sedia ni untuk rasa strawberi coklat dia.., :) Hajat asal tercapai...alhamdulillah
Aidil pun dah pandai selfie 

Mama, abah n aidil....love both of u.. muahhhh

 sempat lagi selfie dengan pujaan hati hehehe

bestt......sedap kata aidil..

waktu ni tengah hujan..tp si aidil sampai nangis2 nak aiskrim...so...turutkan juga la..,
kalau tak nanti potong plak mood nak bercuti..hehe

Malam hari....tak sah kalau tak kena jagung bakar atau jagung panas2 waktu2 malam n hujan ni..sejuk2 makan jagung panas...sedapnya,..tp mahal juga satu rm350 ..hehehe

anak mama mmg suka sangat makan jagung ..

Sempat lagi shopping skit2...

Sejak bila la anak mama buas ni....dah besar rupanya ...jenuh abah nak kepung

Gambar mkan strawberi kat bilik... :)

hurmmmm walaupun cuma 2 hari 1 malam...ianya cukup bermakna coz kami pergi bertiga ja...takpa sebagai gangguan atau perhatian yang perlu kita beri pada orang lain... hurmmm daaaaaaaaaaaaa 

Wednesday, August 27, 2014

Keranamu Ikan plotan

Hari ni nak story pasal ikan plotan... pagi ni hujan jer datang kerja..tp nak buat kerja pun still asyik teringat kejadian malam tadi... Aidil tercekik tulang ikan plotan. Satu peristiwa yang susah nak dilupakan. Tak pernah dia tercekik tulang. ini lah kali petama. 

Semalam en.suami balik kerja dalam pukul 8.35pm. Aku pun bersiap-siap untuk dinner. Selesai masak nasi dan memanaskan kari ikan plotan aku pun hidang la di atas meja. Tapi aku still kenyang ..so suami dan anak je la makan. Kebiasaanya aku la yang suap si aidil. Kalau aku tak makan pun biasanya aku akan duduk sekali untuk suap Aidil. Tapi hari ni aku mmg tak larat...dan rasa nak rehat sekejap. Dah selesai hidang aku pun minta tlg suami suapkan aidil makan. Gaulkan isi ikan dengan nasi. Aidil mmg suka makan sendiri. Biasanya aku akan suap juga ke mulut dia sambil dia makan sendiri. Sekali baru 2 suap dia makan dia dah jerit..dari cara dia jerit aku dapat agak dia tercekik tulang. Apa lagi...menggelabah mama ngan abah nak keluarkan tulang yang tercekik tu.

Ni la Kari Ikan Plotan yang mencederakan anak kesayanganku. :'(
Rasa macam nak jadikan kali terakhir ja masak kari ikan plotan huk huk 

Cuba punya cuba still tak nak keluar juga tulang. aidil dah muntah dah banyak kali ...cemas nya rasa tuhan je tau.. Aku dah mula call pengasuh Aidil, tanya cikgu2 sekolah dan tak lupa search google..hehehe. last sekali aku buat keputusan untuk terus pergi Hospital Parit Buntar. Dalam kereta Aidil diam je. maybe dah penat menangis tadi. bila dia cakap lebih sikit dia nangis dan cakap dia sakit. dalam 10 minit saja kami dah sampai Hospital. Dekat je pun. 

Masa kat kaunter pendaftaran Unit Kecemasan Hospital Parit Buntar

Selesai mendaftar diorang suruh masuk bilik kecil kat sebelah, masuk MA tu just tanya kenapa..n suruh anak buka mulut. Bila si Aidil ni tak nak buka mulut dia pun kata "Ok takpe..sila tunggu di luar, nanti doktor panggil boleh masuk " . Kitaorang pun keluar ke bahagian menunggu ..terpinga2 ape point diorang suruh kami jumpa MA tadi. Nak kata ambil suhu pun tidak. huh...sabar je la..macam takde fungsi. 

Ni gambar MA tu tengah cuba tengok tulang dalam mulut Aidil

Tunggu punya tunggu tak panggil-panggil. Yang si Aidil ni kejap2 bila dia rasa sakit dia nangis n muntah. dia cuba nak keluarkan tulang tu sendiri. Itu yang asyik muntah je tu. Suami pula tanya kat kaunter..lambat lagi ke..anak dah sakit...kata kecemasan..takkan nak tunggu macam rawatan pesakit luar kot. 5 minit pas suami tanya diorang terus panggil nama Aidil untuk masuk jumpa doktor. 

Dalam bilik kecemasan Hospital Parit Buntar

Bukan la niat nak burukkan nama Hospital ni. Just nak menyatakan betapa kecewanya aku sebagai ibu pesakit bila Doktor kat sini macam acuh tak acuh je buat kerja. Bila aidil ade kat sebelah dia ni..dia boleh pandang je Aidil sambil cakap kat kitaorang yang Aidil bukan tercekik tulang. SEBAB!!!! dia diam je n tak nangis. Aku ni dah penat explain kat doc tu mcm mana dari awal dia kena, muntah , reaksi dia yang cuba keluarkan tulang dan mcm2 lagi. tp doc tu kata ..kalau betul pun dia tercekik tulang maybe tulang tu sebenarnya dah keluar, dia cuma kesan-kesan sakit tulang tu je. Aku mmg tak puas hati ..sebab reaksi aidil tu mmg aku yakin tulang tu ade. Doc tu siap cakap aku, "Puan penah tak tercekik tulang?? takkan nak duk diam kan..mesti kita akan sakit" hish...mmg la sakit ..tp ada kah kita nak meraung 24 jam. sama la budak ni pun..dia dah penat menangis ...Pastu dia sebut pasal x-ray ..dia kata kalau nak juga kita buat x-ray la..tapi x-ray ni tak bagus untuk budak. kalau buat pun mungkin takkan nampak pun tulang tu. Pastu dia minta kami putuskan . Doktor ohhh doktor...kalau aku ni pandai aku tak datang jumpa doktor la..aku buat sendiri ja... Aku dah semak tgk dia buat macam2 alasan untuk elak buat rawatan kat anak aku , aku pun cakap tak pala kalau doc rasa tak perlu x-ray , saya cuma takut kalau saya balik dalam tu menanah baru nak amik action. Dengan muka berat hari nya baru la dia pegang mulut aidil, barulah suruh aidil nganga... aidil cakap sakit...dia tak dapat tengok tulang tu...biasalah budak, oleh dia tak kenal bukan senang dia nak ikut orang suruh buka mulut suka-suka ja. Bila doktor tu bg baring atas katil kami pun pakat pegang aidil, termasuk MA dan Nurse, sekali dia suluh mmg btul ade. Masa tu nak je aku sound doktor tu sebab tak dengar apa aku cakap dari awal. Pastu baru la dia kelam kabut panggil yang lain tolong pegang aidil . Sempat lagi dia kata kat Aidil, ada tulang dalam mulut pun hang boleh duk diam aaa??? nak cover malu la kot teori yang awal kata kalau ade tulang tak kan duk diam punya. huh!!!!! Mula-mula aku ngan suami tlg pegang bila banyak kali dia cuba still gagal dia tak bagi kami tengok, dia suruh tunggu di luar, diorang tutup langsir semua. Tapi kami tak keluar, kami tunggu tepi langsir. Ya allah mendengar anak aku meraung-raung nangis sambil sebut "nak mama, mama" allah je tau betapa sedih nya aku . Menangis juga aku dibuatnya bila dengar suara anak nangis kuat macam tu. beberapa minit pastu Alhamdulillah tulang tu dapat di keluarkan..Aku terus pegi dekat aidil n dukung dia... Elok aku dukung senyap dia tak nangis lagi dah. Maybe sakit kat tekak pun dah tak terasa. Dia pun tenang je. Lega sangat-sangat. 

Ni la dia tulang yang menyakitkan anak mama... 
huk huk kesian anak mama

Bila semuanya dah selesai , maybe nak cover mula-mula tadi dia punya confident kata takde tulang, doktor pun cakap kat kitaorang "maybe tulang tu tak cucuk betul pun sebab tu dia tak nangis dan tak berapa sakit". Aku ni angguk je ..padahal dalam hati ni aku rasa nak je pok pek pok pek kat dia sampai menanah telinga....lain kali tgk dulu baru nak buat teori-teori terpesong kau tu. Tak pun sumbat je tulang tu balik kat dia nak tgk dia meraung 24 jam atau jap jap je macam anak aku. Tapi aku fikir at least dia dah berjaya selamatkan anak aku. Aku just cakap terima kasih je berulang kali kat dia. TERIMA KASIH DOKTOR!

Dah selesai sesi buang tulang huhuhu

Ubat tahan sakit 

lepas dah selesai semua kami pun pergi ambil ubat tahan sakit dan balik.Alhamdulillah Aidil pun terus ok...sembang macam-macam on the way balik rumah tu. Lega rasa hati ni. Syukur sangat. Sampai kat rumah , siap-siap aidil yang dah kotor ngan baju bekas muntah , bagi dia makan ubat m pakai baju tido dan baring. Abah dia peluk jap je dia pun lena. Maybe dah terlalu letih menangis tadi. hurmmmm maaf yer sayang..mama tak tolong suapkan sayang makan.. Selalu sayang makan ok je. Benda nak jadi.......kesian kat suami juga,..sampai tak lalu dia nak makan nasi dah la penat baru balik kerja.... apa pun ..kalau anak kena apa-apa jangan la lengah-lengahkan... ok la.. nak buat kerja plak hihihi see u







Sunday, August 24, 2014

Beriani Kambing

Semalam hari sabtu hari cuti untuk we all satu family.. hari ni tak der plan untuk pi makan kenduri ke, balik kampung ke...n mmg tak der plan ape2 sepatutnya..sekali En.Amin ajak pi jalan Penang bawa Aidil naik feri,naik bukit bendera n tgk kuda...weeeeeee best nya... berkobar2 aku ngan aidil bersiap nak pi jalan2 satu family..walaupun dekat je tp dapat luangkan masa bersama 3 beranak tu so special for me.. :) so...lepas breakfast telur + roti we all pun gerak ke Penang....Kitaorang pergi naik feri Pulau Kapas.... Seronok sangat la anak teruna ku yang sorang tu naik feri......



Angin kuat....anak mama nak buka mata pun susah.. hik hik...happy sangat bila anak dah semakin besar, pandai menghargai apa yang kita buat untuk dia .. sayang anak mama,...

Suami ajak makan kat tempat biasa dia lepak ngan kawan-kawan waktu rehat katanya.. Restoran Kapitan dekat ngan Queensbay.. Aku pun layan je la..nak juga try ..sedap sangat ke.. sekali cuba mmg sedap la.. NASI BERIANI KAMBING.. perghhhh puas rasa ... 


Tengah makan hujan turun dengan lebat nye..hurmmm nampaknya terpaksala batalkan segala planning kami dari asal..sebab semua tempat yang nak pegi tu semuanya tak sesuai waktu hujan..masuk je dalam kereta anak mama dah buat mata layu n mengantung.. hurmmmm nampaknya bertambah2 la takde idea nak kemana.. Anak dah lena..kami dalam kereta dah takde idea nak kemana...tempat2 yang dirancang semua nya tak sesuai time hujan..nak masuk shopping complex pun Aidil lena... tak bawa stroller n takde mood nak shopping pun..,,so en suami bawa pusing2 tgk ikut tingkap je la..hahaha..pastu sudah nya aku pun bg cadangan untuk balik je la...lagipun esoknya en suami keje pagi.. so we all pun balik .. Kesimpulannya datang penang semata2 untuk naik feri dan makan tengahari.. ape pun still best dari duk rumah..n nasib makanan nya sungguh berpuas hati..kalau tak rugi juga kan...Kitaorang pun balik rumah tido sekejap ..petang kami keluar pula pekena Char Kuey Teow....nyum nyum

Ha Aidil kalau sebut Kuey Teow mmg kegemaran dia la... korang tgk la..sepinggan habis dia sorang woo..sekali udang2 dalam pinggan kita dia sebat.... Terbaik la anak mama..


Tuesday, August 19, 2014

Langkawi Holiday

Minggu lepas aku ambil cuti 3 hari untuk bercuti ke langkawi bersama yang tersayang..hehe.. even dah pernah pergi masa honeymoon dlu tapi itu honeymoon kan..kali ni kitaorang bawa hasil honeymoon bersama ...lalalala...aku mmg nak bawa anak aku pi tgk ikan kat Underwaterworld n nak bawa dia naik bot, maklumla.. aidil pun dah 2 tahun 4 bulan.. dah pandai mcm2 ...sesuai la bawa.  seperti yang aku harapkan ...aidil mmg suka sangat tgk ikan, naik feri dan naik bot. Betul-betul teruja...sampai dah balik sini pergi beli ikan kat plantar ikan pun dia menjerit-jerit nak naik bot orang tangkap ikan tu..hahaha aidil ...aidil..sabor je la anak mama yang sorang ni...
ni je la gambar yang dapat di snap sepanjang percutian kami di langkawi pada 13, 14, dan 15 Ogos 2014

Amboi-amboi anak mama...bukan main bergaya nak pi holiday ek.. 
suka sangat dia pakai cermin mata..lagi-lagi bila dia tgk abah pun pakai ...
suke la dia nak meniru

Gambar ni masa perjalanan nak ke langkawi..dalam kereta, sampai jeti kuala perlis 
& dah duduk dalam feri dah ...

Ni masa dalam feri...oleh kerana anak mama terlalu mengantuk ..
hanya mampu bertahan 40 minit je atas feri..pastu rebah juga lena kat mama.. :) 

Nie plak masa chek-in kat Lobi Holiday Villa Spa & Resort Langkawi
Bilik Deluxe. untuk mama aidil n abah 

Shopping kat Nusantara Enterprise...pengusaha minyak gamat di langkawi..
Fuh belambak minyak gamat yang berjaya kami borong :D

sempat lagi ambil gambar tongkat ali fresh kat sini...

ni la gambar minyak gamat yang nampak panas.. tp katanya kalau celup tangan pun tak terasa...hurmmm sayangnya kami x dapat nak cube..sebab pintu nya berkunci..maybe bila cuti2 sekolah kot baru dia bg cube kan...kitaorang pegi hari sekolah..
rabu khamis dan jumaat.

ha ni gambar kat under waterworld....even tengah mengantok..tp anak mama hilang mengantuk bila dapat masuk sini.. mana tak nye...dapat tgk banyak ikan besar-besar...seronok sangat dapat bawa dia tgk ikan kat sini...dah besar anak mama..

underwaterworld langkawi

Gambar yang atas underwaterworld n yang line ke dua tu dah kat makam mahsuri..
hehehe jimat ruang ..kita satukan sajalah kan. 

Makam Mahsuri 

Ni kitaorang makan kat Artisan Pizza kat Pantai Cenang.. 
hurmm boleh la...nak kata sedap tu..rasanya pizzahut n Dominos lagi sedap
tapi tu pandangan aku la kan..tak tau la kalau orang lain..

Ni kitaorang nak pi Island Hopping...under trip Family Holiday Pakage
tgk la anak mama tu..beria2 angkat tangan bila di tanya "sapa nak naik bot angkat tangan!!" 
haha jom jom aidil kita naik bot.

Cer tgk budak kecik tu..skit pun tak rasa takut...seronok lagi ada lah.. hurmm dulu masa kecik2 mama tgk kamu lembik je sayang..sampai naik risau...takut tak aktif...sekarang ni ..fuhh..jenuh nak kepung..

serius je muka dia bila kena angin bot yang laju ni...serius laju bot kali ni...berentak2 gila...penat dibuatnya...tp best ...anak mama plak skit pun tak takut..

Tasik Dayang Bunting..ambil berkat..mana lah tau balik-balik nanti adik boleh dapat adik kan hahahahaha... sonok gila anak mama main pasir..sayangnya tak bawa set untuk main pasir tu kat dia. sian anak mama..lain kali kita pi lagi k sayang


Abah ngan mama jadi mangsa basah habis baju anak punya pasal...masa ni kat Pulau Beras Basah..chantek sangat air dia...jernih tau ...apa lagi...terjun la sama2 ngan aidil.. 

Masa ni kat Padang Matsirat..kitaorang singgah makan laksa n ayam golek madu... sedap juga..sambil tu kat tepi tu ade pandai..main2 air kejap la ngan aidil..tahun lepas masa bawa aidil pi pangkor, aidil tak nak dekat pun ngan laut..dia takut..skrg ni???? huh..jenuh nak ajak balik bila jumpa laut...aidil aidil

Monday, August 18, 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014

Masih dalam mood Aidilfitri moh nak upload gambar raya ...hehehe...
Tahun ni ...tema color turqoise...tp sayangnya tudung yang aku tempah tak sempat nak siap...tambah menyedihkan bila aku cuma bawa balik baju nya saja..kain tertinggal kat rumah ...aduyaii..mmg takdak rezzeki nak pakai baju raya...nasib la baju raya aku tahun ni 4 pasang.. hahaha... tp baju raya pertama tu yang paling aku sayang..tp apakan daya....pakai je la baju raya ke dua...sebab color pun alaa2 nak sama ngan baju en.amin n aidil..layan je la 

 Pagi raya...aduyai ayie....sampai skrg umo dah 18 dah masih tak reti nak pakai samping 
hehehe nasib la ade abg ipar..nak harap kakak2 lagi la tak reti 

hurmmm jeles plak tgk bila abah ade gambar pagi raya ngan aidil...
mama tak de gambar camni ngan aidil huk huk 

 Sesi maaf memaafi....sesama kita.....kosong-kosong yer..

Ni yang paling best....dapat duit rayeerrr yeahhh!! tq cayunk

Masa ni otw pi beraya umah sanak saudara ...

Sonok nya aidil pi beraya....

bergaya sungguh orang tu nak beraya...

with my lovely brother kat umah pakcik...

Habis makan umah Pak Cik Din...

Thaqif Taftazani

 Beraya di rumah Mak Teh 


Bergambar ngan Pak cik Din

Yeahhh.....dapat juga bergambar ngan aidil..

ni nak pi taman dekat umah mak teh ....

aidil ngan aunty she...

OCUUUUUUU

main bunga apiiiii